Arrghhh....sakit...!!!
Itulah luahan yang hanya mampu ibu-ibu mengandung suarakan tatkala terjaga malam akibat kekejangan yang terjadi terutamanya di bahagian belakang betis dan kadang kala ianya terjadi di bahagian pinggang. Ini sering berlaku ketika kandungan ibu mencecah trimester-trimester akhir di mana bayi di dalam kandungan sudah mula bergerak aktif dan mencapai berat yang 2kg dan ke atas.
Jika situasi di atas terjadi, berikut adalah beberapa tips yang disarankan buat para ibu bagi meredakan rasa sakit/ kekejangan yang dialami mereka:
1. Tidur dalam keadaan bahagian kaki ditinggikan sedikit daripada kepala. Ibu boleh mengalas bahagian belakang betis ke hujung kaki dengan bantal agar ia lebih tinggi kedudukannya bagi meredakan kekejangan.
2. Pakai stoking sokongan agar kaki si ibu tidak terkesan dengan suhu dingin dan pastikan stoking yang dipakai cukup tebal dan panjang bagi melindungi kawasan-kawasan sensitif yang seringkali ibu sakit.
3. Bangun perlahan-lahan dan cuba lakukan regangan semampunya seperti mengangkat kaki perlahan-lahan dan hayunkan ke depan dan belakang sekadar kemampuan ibu. Ibu juga boleh memijak lantai dan berdiri sebelah kaki (lakukan berulang kali dan berganti-ganti kaki) untuk meredakan dan seterusnya menghilangkan sakit tersebut.
4. Pada siang hari, pastikan badan ibu kekal hidrasi dengan baik. Minum air secukupnya 3liter ke atas dan elakkan terlalu terdedah kepada kerja-kerja berat dan lasak bagi merehatkan otot-otot dan sendi.
5. Amalkan suplemen kalsium kerana kekurangan kalsium adalah penyebab utama ibu mengalami kekejangan. Ini lebih merisaukan jika ibu sudah menjangkau usia 30 tahun ke atas dan telah melalui beberapa pengalaman kehamilan dan menyusu bayi.
Amalan-amalan yang dicadangkan di atas juga perlu dipelajari oleh para suami agar anda dapat membantu mengurangkan kesakitan isteri anda dengan kaedah-kaedah di atas yang paling sesuai dengannya ketika kekejangan berlaku.
Sokongan daripada suami seperti melakukan urutan-urutan ringan di bahagian-bahagian tersebut akan membuatkan emosi isteri lebih tenang dan menghadapi kesakitan akibat kekejangan dengan sebaik mungkin, Insyaallah.
Teman Shaklee Anda,
Naimah Abu Kasim
+6019-986 0204
No comments:
Post a Comment