Debaran seorang ibu pastinya lebih hebat saat kandungan bayinya menjangku usia 40 minggu di samping rasa gembira dan tak sabar untuk menimang cahaya hati yang selama ini ditunggu-tunggu ibu dan ayah.
Namun, persediaan mental dan fizikal si ibu amat penting dan harus diberi fokus utama di dalam fasa terakhir ini agar proses kelahiran berjalan dengan baik dan menjamin keselamatan dan kesihatan ibu serta bayi yang bakal dilahirkan nanti.
Suami juga harus tahu dan 'alert' dengan setiap perubahan dan kesediaan si isteri bagi persediaan terbaik dan sokongan daripada suami membuatkan emosi isteri akan mampu dikawal dengan baik bila saat melahirkan tiba.
Di sini, jom kenali tanda-tanda si isteri anda sudah bersedia untuk melahirkan cahaya mata kesayangan anda!
1. Sakit di bahagian pinggang yang kuat dan abdomen di bawah tulang belakang. Ini akan membuatkan ibu rasa kurang selesa dan peranan suami amat penting untuk menyokong belakang isteri dan membiarkan isteri rileks dengan bersandar di dada suami.
2. Berlaku kontraksi berlaku setiap 20 minit secara konsisten dan semakin kerap, iaitu setiap 10 minit dan semakin kuat dan konsisten.
3. Air ketuban pecah dan diselangi kontraksi yang semakin kuat dan kekejangan mula terasa di bahagian perut.
Peranan suami ketika saat ini dilalui, suami mestilah menenangkan si isteri dengan urutan-urutan lembut di bahagian pinggan dan belakang, pimpin isteri jika mahu berjalan perlahan-lahan bagi melayan kontraksi dan sentiasa berzikir dan berselawat agar si isteri tenang ketika melayan kontraksi yang berlaku dengan semakin kuat.
Di samping itu, ketika kontraksi sudah mula terjadi sedikit-sedikit, suami disarankan menyediakan makanan pemberi tenaga buat si isteri agar kekal bertenaga untuk proses kelahiran nanti. Contohnya, amalkan kurma dan air zam zam, amalkan minuman pemberi tenaga segera seperti Energy Soy Protein (ESP) dan jangan lupa untuk mengamalkan Ostematrix bagi membantu proses otot-otot pelviks meregang dan membantu bukaan dengan lebih lancar dan cepat.
Di atas adalah antara amalan-amalan saya ketika saat menempuh proses kelahiran ketiga-tiga cahaya mata saya dahulu. Alhamdulillah, berkesan dan proses bersalin berjalan dengan baik tanpa komplikasi. Ibu wajib sihat dan bertenaga untuk menempuh tempoh kritikal ini kerana ianya membantu mengelakkan komplikasi ketika bersalin berlaku seperti jangkitan kepada bayi, pendarahan yang banyak dan lain-lain.
Semoga ibu-ibu semua diberi ketenangan dan melalui proses kelahiran dengan penuh kenangan terindah! :)
Wassalamu'alaikum.
Ingin mencuba SET BERSALIN MUDAH SHAKLEE (ESP & Ostematrix) di atas?
Jom hubungi Naim dan dapatkan khidmat nasihat terbaik daripada pengalaman Naim sendiri. Terima Kasih! ;)
Naimah Abu Kasim
019 986 0204
Shaklee Independent Distributor
No comments:
Post a Comment