ENERGY SOY PROTEIN (ESP)


Sumber article: www.shaklee.com.my

Protein adalah seperti blok yang membina tubuh anda, seperti batu bata yang membina rumah anda. 
Ia memainkan peranan penting bagi setiap fungsi tubuh untuk pertumbuhan dan perkembangan. 
Shaklee ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder adalah makanan lazat yang kaya dengan kalsium dan protein.*

Kuasa Protein untuk Tenaga Lebih Lama
Kebanyakan orang tidak dapat mengekalkan tenaga atau stamina mereka sepanjang menjalani kehidupan seharian. Tingkatkan tenaga harian anda dengan minuman protein kami yang mempertingkatkan TENAGA-stamina anda. Protein soya berasaskan tumbuhan untuk tenaga yang lebih lama.



KeISTIMEWAAN Shaklee

  • Shaklee menggunakan protein soya yang tidak-diubahsuai secara genetik (Bukan-GMO) di bawah Program Pengekalan Identiti (IPP).
  • Setiap hidangan membekalkan 14 gram protein berasaskan tumbuhan. Protein soya membantu menurunkan paras kolesterol*.
  • Mempunyai skor PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score) 1.0 – 
  • Penarafan yang tertinggi dan bersamaan dengan skor yang diberikan pada protein haiwan.
  • Membekalkan 9 asid amino.
  • Tinggi dengan kalsium yang membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat.
Nota: Jumlah protein soya yang disyorkan untuk memberikan kesan penurunan terhadap kolesterol darah adalah 25g sehari.

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.


| Naimah Abu Kasim |Shaklee Trusted Independent Distributor (882020) | 019 9860204 |

SUMBER KALSIUM TERBAIK DARIPADA SHAKLEE !


Shaklee telah memformulasikan pil kalsium hebat yang mengandungi formula unik yang diformulasikan daripada mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati di mana ia mengandungi nutrien khas lain iaitu:

1. Magnesium: Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan selain membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga dan menghalang endapan kalsium,

2. Fosforus dan Vitamin D: Membantu penyerapan kalsium dan meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan tulang terutama kepada mereka yang berusia 55 tahun ke atas.

3. Zink, Kuprum, Manganes dan Boron: Memelihara metabolism kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk memperbaiki tulang dan rawan.

Nutrien-nutrien di atas perlu diambil bersama bagi memastikan penyerapan kalsium adalah 99% oleh badan kita dan menghalang endapan sesetengah mineral. Dengan pengambilan Kalsium secara konsisten akan menghalang tulang daripada kurang ketumpatan dan reput.

Perbandingan 1 tablet Ostematrix adalah bersamaan dengan 1 gelas susu tinggi kalsium dan 80 biji badam, sungguh istimewa! :) 


Tidak mahu lepaskan pengalaman mencuba produk istimewa ini ?? Hubungi Naim untuk mendapatkan khidmat nasihat terbaik daripada pengalaman Naim sendiri dan set-set terbaik gandingan Ostematrix sekarang!

Teman Shaklee Anda
Naimah Abu Kasim
019-986 0204

TIDUR KERAP TERGANGGU AKIBAT KEKEJANGAN KAKI KETIKA MENGANDUNG

Arrghhh....sakit...!!!

Itulah luahan yang hanya mampu ibu-ibu mengandung suarakan tatkala terjaga malam akibat kekejangan yang terjadi terutamanya di bahagian belakang betis dan kadang kala ianya terjadi di bahagian pinggang. Ini sering berlaku ketika kandungan ibu mencecah trimester-trimester akhir di mana bayi di dalam kandungan sudah mula bergerak aktif dan mencapai berat yang 2kg dan ke atas.




Jika situasi di atas terjadi, berikut adalah beberapa tips yang disarankan buat para ibu bagi meredakan rasa sakit/ kekejangan yang dialami mereka:

1. Tidur dalam keadaan bahagian kaki ditinggikan sedikit daripada kepala. Ibu boleh mengalas bahagian belakang betis ke hujung kaki dengan bantal agar ia lebih tinggi kedudukannya bagi meredakan kekejangan.

2. Pakai stoking sokongan agar kaki si ibu tidak terkesan dengan suhu dingin dan pastikan stoking yang dipakai cukup tebal dan panjang bagi melindungi kawasan-kawasan sensitif yang seringkali ibu sakit.

3. Bangun perlahan-lahan dan cuba lakukan regangan semampunya seperti mengangkat kaki perlahan-lahan dan hayunkan ke depan dan belakang sekadar kemampuan ibu. Ibu juga boleh memijak lantai dan berdiri sebelah kaki (lakukan berulang kali dan berganti-ganti kaki) untuk meredakan dan seterusnya menghilangkan sakit tersebut.

4. Pada siang hari, pastikan badan ibu kekal hidrasi dengan baik. Minum air secukupnya 3liter ke atas dan elakkan terlalu terdedah kepada kerja-kerja berat dan lasak bagi merehatkan otot-otot dan sendi.

5. Amalkan suplemen kalsium kerana kekurangan kalsium adalah penyebab utama ibu mengalami kekejangan. Ini lebih merisaukan jika ibu sudah menjangkau usia 30 tahun ke atas dan telah melalui beberapa pengalaman kehamilan dan menyusu bayi.

Amalan-amalan yang dicadangkan di atas juga perlu dipelajari oleh para suami agar anda dapat membantu mengurangkan kesakitan isteri anda dengan kaedah-kaedah di atas yang paling sesuai dengannya ketika kekejangan berlaku.

Sokongan daripada suami seperti melakukan urutan-urutan ringan di bahagian-bahagian tersebut akan membuatkan emosi isteri lebih tenang dan menghadapi kesakitan akibat kekejangan dengan sebaik mungkin, Insyaallah.


Teman Shaklee Anda,
Naimah Abu Kasim
+6019-986 0204






IBU... JOM KETAHUI 3 TANDA-TANDA ANDA BAKAL BERSALIN


Debaran seorang ibu pastinya lebih hebat saat kandungan bayinya menjangku usia 40 minggu di samping rasa gembira dan tak sabar untuk menimang cahaya hati yang selama ini ditunggu-tunggu ibu dan ayah. 

Namun, persediaan mental dan fizikal si ibu amat penting dan harus diberi fokus utama di dalam fasa terakhir ini agar proses kelahiran berjalan dengan baik dan menjamin keselamatan dan kesihatan ibu serta bayi yang bakal dilahirkan nanti.

Suami juga harus tahu dan 'alert' dengan setiap perubahan dan kesediaan si isteri bagi persediaan terbaik dan sokongan daripada suami membuatkan emosi isteri akan mampu dikawal dengan baik bila saat melahirkan tiba.

Di sini, jom kenali tanda-tanda si isteri anda sudah bersedia untuk melahirkan cahaya mata kesayangan anda!

1. Sakit di bahagian pinggang yang kuat dan abdomen di bawah tulang belakang. Ini akan membuatkan ibu rasa kurang selesa dan peranan suami amat penting untuk menyokong belakang isteri dan membiarkan isteri rileks dengan bersandar di dada suami.

2. Berlaku kontraksi berlaku setiap 20 minit secara konsisten dan semakin kerap, iaitu setiap 10 minit dan semakin kuat dan konsisten.

3. Air ketuban pecah dan diselangi kontraksi yang semakin kuat dan kekejangan mula terasa di bahagian perut.

Peranan suami ketika saat ini dilalui, suami mestilah menenangkan si isteri dengan urutan-urutan lembut di bahagian pinggan dan belakang, pimpin isteri jika mahu berjalan perlahan-lahan bagi melayan kontraksi dan sentiasa berzikir dan berselawat agar si isteri tenang ketika melayan kontraksi yang berlaku dengan semakin kuat.

Di samping itu, ketika kontraksi sudah mula terjadi sedikit-sedikit, suami disarankan menyediakan makanan pemberi tenaga buat si isteri agar kekal bertenaga untuk proses kelahiran nanti. Contohnya, amalkan kurma dan air zam zam, amalkan minuman pemberi tenaga segera seperti Energy Soy Protein (ESP) dan jangan lupa untuk mengamalkan Ostematrix bagi membantu proses otot-otot pelviks meregang dan membantu bukaan dengan lebih lancar dan cepat.

Di atas adalah antara amalan-amalan saya ketika saat menempuh proses kelahiran ketiga-tiga cahaya mata saya dahulu. Alhamdulillah, berkesan dan proses bersalin berjalan dengan baik tanpa komplikasi. Ibu wajib sihat dan bertenaga untuk menempuh tempoh kritikal ini kerana ianya membantu mengelakkan komplikasi ketika bersalin berlaku seperti jangkitan kepada bayi, pendarahan yang banyak dan lain-lain.

Semoga ibu-ibu semua diberi ketenangan dan melalui proses kelahiran dengan penuh kenangan terindah! :)

Wassalamu'alaikum.

Ingin mencuba SET BERSALIN MUDAH SHAKLEE (ESP & Ostematrix) di atas? 
Jom hubungi Naim dan dapatkan khidmat nasihat terbaik daripada pengalaman Naim sendiri. Terima Kasih! ;)

Naimah Abu Kasim
019 986 0204
Shaklee Independent Distributor

~vitalover~ Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign